Posts

Sindiket Nikah tipu pasangan Pakistan dan Nenek

Image
ALOR SETAR - Impian seorang nenek mahu mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya yang merupakan warga Pakistan hancur berkecai apabila mereka bukan sahaja ditipu oleh ejen yang menguruskan pernikahan malah kerugian wang tunai hampir RM3,000. Lebih perit bagai jatuh ditimpa tangga, pasangan itu turut dicekup atas tuduhan berkhalwat di sebuah "homestay" di Bukit Kayu Hitam, semalam. Ketika serbuan jam 12.45 tengah hari, pasangan tersebut dikatakan sedang menunggu kehadiran jurunikah dari Thailand. Namun tidak disangka, mereka kemudian telah diserbu oleh sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) selepas menerima laporan berhubung kegiatan maksiat di rumah inap berkenaan. Difahamkan, pasangan dari Johor itu baru tiba di Changlun pada sebelah pagi dengan ditemani oleh anak perempuan ‘bakal’ pengantin perempuan, serta rakan lelaki warga Pakistan tersebut. Wanita tersebut dan lelaki Pakistan itu turut dikatakan sudah...

Prosedur Daftar Nikah Thailand 2020

Image
Soal-Jawap Cara daftar Nikah Thailand di Malaysia 2020 Daftar nikah Thailand di Malaysia Untuk memastikan pendaftaran di Malaysia lancar dan mudah pastikan bernikah di Majlis Agama Islam yang diiktiraf penuh oleh kerajaan Malaysia. Layari laman kembarahalal untuk mengetahui pakej nikah terbaik di Thailand untuk tahun 2020 Atau terus hubungi pihak kami dengan menekan pautan berikut:- http://bit.ly/2L1UwRw   atau dail 01115635878 Borang Permohonan Nikah  Borang permohonan  Bagi memastikan pendaftaran nikah berjalan lancar sila sediakan dokumen-dokumen berikut: 1) Dokumen yang perlu disediakan ialah seperti berikut: i. Kad Pengenalan suami dan isteri. [Salinan] ii. Muka surat hadapan pasport suami dan isteri beserta tarikh keluar masuk kenegara berkenaan untuk tujuan perkahwinan itu. [Salinan] iii. Surat akuan atau kad Akuan Masuk Islam bagi Saudara Muslim. [Salinan] iv. Surat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI. [Salinan] v. Surat Perak...

Perlu Wali Walaupun Status Janda

Video ini hanyalah Hiasan. Tidak ada kena mengena  dengan artikel yang dikongsikan di sini Kahwin semula masih perlu wali Soalan: Saya seorang janda dan kini ingin berkahwin semula. Tempoh idah sudah lama berlalu. Masalahnya saya tidak mempunyai wali kerana semuanya sudah meninggal. Begitupun, saya ada sepupu lelaki sebelah ayah yang berusia lebih 80 tahun ke atas dan agak pelupa orangnya. Bagaimana saya perlu menyelesaikan masalah wali ini? - Soraya Bakar Kota Bharu, Kelantan Jawapan: Terdapat pandangan bahawa seseorang janda mempunyai lebih hak tentang perkahwinannya daripada walinya. Mengenai perkahwinan semula seorang janda, surah al-Baqarah ayat 232 menyatakan: Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis idahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya, apabila terdapat kerelaan di antara mereka dengan cara yang ma’ruf. Itulah yang dinasihatkan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu kepada Allah...

Agen Nikah Palsu di Selatan Thailand

BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN AGEN PERNIKAHAN YANG TULEN ATAU PALSU (SINDIKET)? Jangan terlalu mudah percaya agen-agen yang menguruskan pakej pernikahan di Selatan Thailand bagi mengelakkan dari tertipu. Berikut adalah antara cara-cara bagi memastikan sama ada agen pernikahan itu tulen atau sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata :- 1. Cari agen yang mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan pernikahan di Thailand. Sekiranya timbul masalah dibelakang hari pastikan anda boleh mencari agen tersebut. 2. Pastikan agen tersebut melibatkan diri dari awal hingga selesai proses pernikahan ini dan agen tersebut turut ada bersama pasangan yang hendak bernikah dan bukan hanya melakukan urusan di Malaysia dan menyerahkan urusan selanjutnya kepada agen lain di Thailand. Ini dapat mengelakkan pasangan dari di tipu oleh agen di Thailand yang mengenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya. 3. Sila pastikan S IJIL NIKAH, SURAT PENGESAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM S...

Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Thailand 2020

Image
Pernikahan luar negara yang dijalankan di Majlis Agama Islam yang sepatutnya pasti membantu proses pendaftaran nikah tersenut di Malaysia Q1: Apakah maksud pernikahan luar negara? A:  Pernikahan luar negara bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand atas beberapa faktor tertentu. Q2: Adakah semua pernikahan luar negara perlu didaftar di Malaysia ? A:  Ya. Semua pernikahan yang dijalankan di luar negara mesti didaftarkan di mana-mana pejabat agama yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal pemohon. Q3: Mengapa pernikahan luar negara tersebut perlu didaftarkan di Malaysia? A:  Pertama, perlu difahami oleh semua masyarakat bahawa tidak semua pernikahan di luar negara tersebut sah mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket. Oleh itu, semua pasangan yang be...