Posts

Showing posts from January, 2019

Perlu Wali Walaupun Status Janda

Video ini hanyalah Hiasan. Tidak ada kena mengena  dengan artikel yang dikongsikan di sini Kahwin semula masih perlu wali Soalan: Saya seorang janda dan kini ingin berkahwin semula. Tempoh idah sudah lama berlalu. Masalahnya saya tidak mempunyai wali kerana semuanya sudah meninggal. Begitupun, saya ada sepupu lelaki sebelah ayah yang berusia lebih 80 tahun ke atas dan agak pelupa orangnya. Bagaimana saya perlu menyelesaikan masalah wali ini? - Soraya Bakar Kota Bharu, Kelantan Jawapan: Terdapat pandangan bahawa seseorang janda mempunyai lebih hak tentang perkahwinannya daripada walinya. Mengenai perkahwinan semula seorang janda, surah al-Baqarah ayat 232 menyatakan: Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis idahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya, apabila terdapat kerelaan di antara mereka dengan cara yang ma’ruf. Itulah yang dinasihatkan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu kepada Allah...

Agen Nikah Palsu di Selatan Thailand

BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN AGEN PERNIKAHAN YANG TULEN ATAU PALSU (SINDIKET)? Jangan terlalu mudah percaya agen-agen yang menguruskan pakej pernikahan di Selatan Thailand bagi mengelakkan dari tertipu. Berikut adalah antara cara-cara bagi memastikan sama ada agen pernikahan itu tulen atau sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata :- 1. Cari agen yang mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan pernikahan di Thailand. Sekiranya timbul masalah dibelakang hari pastikan anda boleh mencari agen tersebut. 2. Pastikan agen tersebut melibatkan diri dari awal hingga selesai proses pernikahan ini dan agen tersebut turut ada bersama pasangan yang hendak bernikah dan bukan hanya melakukan urusan di Malaysia dan menyerahkan urusan selanjutnya kepada agen lain di Thailand. Ini dapat mengelakkan pasangan dari di tipu oleh agen di Thailand yang mengenakan bayaran tambahan yang tidak sepatutnya. 3. Sila pastikan S IJIL NIKAH, SURAT PENGESAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM S...

Q&A Berkaitan Prosedur Pendaftaran Nikah Thailand 2020

Image
Pernikahan luar negara yang dijalankan di Majlis Agama Islam yang sepatutnya pasti membantu proses pendaftaran nikah tersenut di Malaysia Q1: Apakah maksud pernikahan luar negara? A:  Pernikahan luar negara bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand atas beberapa faktor tertentu. Q2: Adakah semua pernikahan luar negara perlu didaftar di Malaysia ? A:  Ya. Semua pernikahan yang dijalankan di luar negara mesti didaftarkan di mana-mana pejabat agama yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal pemohon. Q3: Mengapa pernikahan luar negara tersebut perlu didaftarkan di Malaysia? A:  Pertama, perlu difahami oleh semua masyarakat bahawa tidak semua pernikahan di luar negara tersebut sah mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket. Oleh itu, semua pasangan yang be...